Monday, 13 June 2011

Apa yang Anda Cari?


Apakah yang anda cari? Keperluan hidup atau tujuan hidup? Jika keperluan hidup yang kita cari setiap hari maka fikiran kita tidak akan lepas dari memikirkan bagaimana untuk mendapat rumah dan kereta yang besar dan selesa, simpanan yang banyak, dan sebagainya. Namun perlu diingat, kerana jika perpaksikan keperluan dalam hidup maka ia tiada berpenghujung. Bahkan ianya perlu diiringi dengan tujuan hidup. Contoh tujuan kita bekerja dalam satu perkerjaan, selain memikirkan untuk melengkapkan keperluan hidup ia harus juga dengan tujuan untuk mendapatkan pahala dan sebagai suatu pengabdian kepada Allah.

Diri kita ibarat komputer yang terdiri dari hardware dan software, keduanya saling memerlukan. Jika hanya terdapat hardware, maka komputer tersebut tidak ada manfaatnya. Begitu juga software sebagai perkara utama yang sentiasa dinilai untuk melancarkan kegunaan komputer tersebut.

Jika hendak mendapat buah yang di atas pokok, maka janganlah kita melupakan galah yang dibawah. Walaupun kita hendak memakan buah dan bukannya galah, namun tetap sahaja galah itu penting kerana tanpanya niat utama kita hendak memakan buah tadi akan tercapai. Perumpamaan tersebut boleh dikaitkan dengan hidup kita. Dalam tujuan menuju akhirat dan bertemu Allah, janganlah kita lupa tentang dunia dan keperluan kita. Perlu bekerja bersungguh-sungguh namun tujuan akhirat jangan pula diketepikan.

No comments: