Tentunya ibu bapa akan merasa sukar untuk menentukan hala tuju anak-anak dalam membentuk peribadi dan kejayaan apabila perkara seperti di atas terjadi. Cara yang terbaik bagi menangani masalah tersebut adalah berusaha untuk melibatkan anak-anak baik dalam pemikiran atau pekerjaan. Contoh jika anak tidak memaki tudung dan suka memakai pakaian yang seksi hingga menampakkan susuk tubuh walhal si ibu merasakan ia sangat bertentangan dengan agama, budaya dan boleh menjurumuskan ia dalam dunia fitnah dan lebih khuatir lagi kepada zina dan rogol. Mungkin si ibu boleh melibatkan anaknya dalam fikiran baik secara agama dan isu-isu terkini. Dengan menerangkan bahawa pakaian yang seksi itu lebih memberikannya kesan negatif dan bahaya ketika berada di luar. Kaedah menampal poster-poster atau keratan akhbar atau majalah yang berkaitan juga adalah wajar dan boleh membantunya untuk melibatkan fikirannya dalam dunia nyata.
Jangan terlalu memaksa. Lebihkan dengan cara penglibatan dan pendedahan berbanding paksaan. Antara cara-cara yang terbaik bagi kes di atas adalah :

1.Bermula dari ibu dengan sentiasa menjaga aurat dan memakai tudung ketika keluar dari rumah
2.Jauhkan dan jangan biarkan majalah yang terdapat gambar-gambar tidak menutup aurat di dalam rumah.
3.Ibu bapa jangan sekali-kali memuji orang yang tidak menutup aurat sekalipun artis atau bintang filem.
4.Tukar rancangan television apabila terdapat wanita-wanita yang tidak menutup aurat.
5.Sentiasa cuba untuk berbicara tentang hukum aurat bila terpandang individu yang tidak menutup aurat dan jadikan komen tersebut lebih bersifat umum (jangan tertuju pada anak)
Contoh cara-cara tersebut boleh diguna pakai oleh ibu bapa dan mereka boleh menyesuaikan mengikut kes-kes tertentu yang dikira perlu dan sesuai terhadap peringkat umur anak.
No comments:
Post a Comment