Thursday, 27 October 2011

Berdoalah Wahai Hamba Allah!


Doa adalah ubat yang paling mujarab, doa adalah musuh bala’, mengusir bencana, menyembuhkan penyakit, mencegah, menghilangkan atau meringankan bencana, senjata yang sangat ampuh bagi orang mukmin seperti yang direkodkan oleh Imam Al Hakim dalam shahihnya bahawa Rasulullah bersabda :

“ Doa adalah senjata bagi orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi”

Senjata Doa

Dunia timur dan barat sedang giat mengukuhkan kekuatan senjata. Kerana kekuatan suatu negara atau bangsa biasanya diukur melalui kekuatan senjata. Masing memperkenalkan produk terkini dan canggih. Tetapi ada produk senjata yang paling canggih yang tiada dicipta di kilang timur dan barat. Produk senjata yang paling canggih itu hanya ada pada orang Mukmin. Senjata para Nabi dan rasul sejak zaman berzaman.

Namun, walaupun doa adalah senjata sebagaimana yang disebutkan, tetapi ia juga mempunyai kriteria tersendiri. Senjata yang baik dan bagus adalah bergantung kepada siapa yang menggunakannya.Senjataraifal M16, walaupun ianya mempunyai peranandan fungsi yang cukup hebat, namun jika diberikan kepada orang tidak tahu menggunakan atau tidak mempunyai pengalaman samasekali maka senjata tersebut tiada nilainya bahkan boleh membahayakan si pengguna.

Analogi senjata itu boleh dikaitkan doa. Kerana doa yang baik dan bernilai bergantung kepada di pengguna iaitu orang berdoa. Doa yang baik harusmenjauhi faktor-faktor yang boleh menghalang dari diterima oleh Allah terutama perkara-perkara yang berikut :

1. 1. Lemahnya hati (tidak fokus dengan apa yang diingini)

2. 2. Masih melakukan maksiat

3. 3. Makanan yang haram atau hasil dari yang haram

Doa vs Bencana

Doa mempunyai tiga posisi dalam menolak bala atau bencana :

1. 1. Doa lebih kuat dari bencana hingga mampu menolaknya.

2. 2. Bencana lebih kuat dari doa sehingga dikalahkan oleh doa tadi, tetapi doa yang diucapkan mampu untuk meringankan beban dan memupuk kesabarannya walaupun ianya lemah.

3. 3. Doa dan bencana sama kekuatannya sehingga satu dengan yang lainnya saling berlawan.

Aisyah r.a ada menceritakan bahwa Rasulullah bersabda :

“ Tidak ada ertinya ketakutan orang yang sudah ditakdirkan. Doa akan bermanfaat untuk perkara yang sudah terjadi dan yang akan terjadi. Sesungguhnya bencana yang akan datang bila disambut dengan doa maka keduanyaakan saling menyerang hinggalah hari kiamat”

Hadits yang direkodkan pleh Al Hakim ini menunjukkan hakikat dan kekuatan doa itu sendiri, bagaimanapun jangan kita lupa bahawa doa itu ibarat panah, untuk tepat sampai ke sasaran memerlukan tali busur yang benar-benar tegang dan mantap, jika talinya kendur makan tidak hairanlah jika panah tersebut meleset dari sasarannya.

No comments: