Ikhlas menurut bahasa adalah sesuatu yang murni yang tidak tercampur dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kemurniannya. Adapun menurut istilah seperti yang disebutkan oleh kebanyakan ulama, di antara mereka ada yang mendefenisikan bahwa ikhlas adalah “menjadikan tujuan hanyalah untuk Allah tatkala beribadah”, yaitu jika anda sedang beribadah maka hati dan wajah anda sentiasa mengarahkan kepada Allah bukan kepada manusia. Ada yang mengatakan juga bahwa ikhlas adalah “membersihkan amalan dari pandangan dan komen manusia”, yaitu jika anda sedang melakukan suatu amalan tertentu maka anda membersihkan diri dari memperhatikan manusia untuk mengetahui apakah perkataan mereka tentang perbuatan anda itu.
Siapakah tidak mengenal Bilal Bin Rabah? Beliau disiksa dengan teruk oleh tuannya dengan dijemur di padang pasir panas dan tandus yang membakar, dihimpit batu besar hanya kerana beliau mengikhlaskan dirinya hanya untuk agama Islam yang baru dipeluknya itu. Dengan iman yang teguh beliau mengatakan, “Ahad! Ahad! Ahad!” . Akhirnya menjadikannya seorang manusia yang mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah di janjikan syurga walaupun pada hakikatnya beliau hanya seorang hamba yang hina di sisi tuannya.
Tulus dan Fulus Dalam Pekerjaan
Kebanyakan orang di zaman ini sememangnya bekerja dengan “tulus” tetapi tidak ikhlas dan hanya bermatlamatkan “fulus” (wang). Perkara inilah yang dilakukan oleh kebanyakan dari manusia. Bekerja untuk memperoleh imbalan yang setimpal dengan pekerjaan menurut ukurannya masing-masing. Hakikat bekerjaan yang bertujuan untuk mendapatkan ganjaran zahir sememangnya tidak salah, namun ianya lebih baik jika diiringi kerana Allah, kerana semua amalan atau pekerjaan itu adalah ibadah walaupun dia berada di restoran sebagai tukang masak atau di kilang-kilang sebagai bos atau operator pengeluaran. Pun begitu matlamat ikhlas dalam ibadah pekerjaan tersebut tidak akan dicapai kecuali setelah menepati dua syarat penting seperti yang disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyyah iaitu DIREDHAI dan DICINTAI. Yakni amalan atau pekerjaan tersebut diredhai dan juga dicintai oleh Allah, bermakna pekerjaan tersebut menepati syarat-syarat syariat.
Alangkah indahnya hidup ini apabila setiap setiap pekerjaan ini diiringi dengan tulus ikhlas, pada masa yang sama memperolehi fulus. Ikhlas dalam pekerjaan akan menimbulkan kerelaan hati dan rasa kasih terhadap pekerjaan yang dilakukan. Namun, sebaliknya jika setiap amalan dilakukan hanya sekadar memenuhi syarat pekerja sahaja, amalan tersebut akan dirasakan sebagai beban dan hanya memikirkan bilakah pekerjaan ini akan berakhir atau selesai, begitu juga seorang pekerja mungkin apa yang penting baginya hanya melengkapkan masa kerjanya supaya mendapatkan gaji yang penuh tanpa mengambil kira soal kualiti dan prestasinya dalam pekerjaan.
Ikhlas vs Riak dan Sum’ah
Berhati-hati dengan sifat tidak ikhlas, kerana sifat ini boleh membawa kepada riak yang biasanya akan berakhir dan bergandingan sum’ah. Menurut Imam Al Ghazali “Riak” bermaksud ialah mencari kedudukan di hati orang lain dengan memperlihatkan kebaikannya. Sum’ah pula ialah beramal sesuatu amalan bertujuan untuk memperlihatkan atau menceritakan kepada orang lain yang tidak mengetahui perihal amalannya. Hakikatnya lebih mudah kita katakan bahawa Ikhlas lawannya adalah Riak.
Allah menyifatkan orang yang bersedekah tapi hanya kerana supaya manusia melihatnya (riya’) hanyalah ibarat tanah yang berada di atas batu yang licin, apabila hujan turun maka batu tadi menjadi bersih dan hilang kesemua tanah yang berada di atasnya (lihat surah Al Baqarah ayat 264). Begitu juga amalan yang dikerjakan seorang hamba, ia akan hilang serta merta apabila ditimpa hujan dan badai riak.
Tips Membina Platform Ikhlas
· Mengagungkan Allah dengan mengetahui (menuntut ilmu) tentang keagungan, kesempurnaan dan kemulian Allah Maha tinggi yang tiada tandingnya.
· Meminta dan pertolongan kepada Allah (isti’anah) dengan memperbanyakkan doa. Imam Al Ghazali dalam karyanya Ihya’ Ulumuddin ada menyebutkan antara doa yang biasa di amalkan oleh Rasulullah, “Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan-Mu sementara aku mengetahuinya, dan akupun memohon ampun terhadap perbuatan syirik yang tidak aku ketahui.” (Hadits Shahih riwayat Ahmad)
· Berusaha untuk cuba menyembunyikan amal kebaikan seperti puasa, solat sunat dan lain-lain yang telah dilakukanya, kerana antara tujuh golongan seperti yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim yang akan Allah naungi pada hari di mana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya (akhirat) ialah seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
· Mulai amalan dengan muraqabah dan mujahadah. Setiap amalan yang hendak dilakukan, pastikan niat berada bersama. Ajukan pertanyaaan kepada diri sendiri, apa yang anda inginkan? Apa matlamat anda ? Jika niat benar barulah beramal, jika tidak maka tunggulah berusahalah bersungguh-sungguh hingga niat itu diluruskan dan diperbetulkan. Inilah tips yang diberikan oleh kebanyakan ulama-ulama silam.
· Memandang rendah pada amalan-amalan yang telah dilakukan dapat mendorong agar amal perbuatan kita tersebut lebih ikhlas. Antara faktor terjadinya riak seorang hamba adalah ketika ia merasa redha dan puas dengan amal kebaikannya hingga menyeretnya pula ke dalam perbuatan ujub (berbangga diri) yang menyebabkan rosak keikhlasannya. Sa’id bin Jubair berkata, “Ada orang yang masuk surga karana perbuatan maksiat dan ada orang yang masuk neraka karena amal kebaikannya”. Ditanyakan kepadanya “Bagaimana perkara itu boleh terjadi?”. Beliau menjawab, “Seseorang melakukan perbuatan maksiat, ia pun merasa takut terhadap adzab Allah akibat perbuatan maksiat tersebut, maka ia pun bertemu Allah dan Allah pun mengampuni dosanya karena rasa takutnya itu, sedangkan ada seseorang yang dia beramal kebaikan, kemudian merasa bangga terhadap amalan tersebut, maka ia pun bertemu Allah dalam keadaan demikian, maka Allah mencampakkannya ke dalam neraka.”
Di antara ciri-ciri orang yang mempunyai platform Ikhlas boleh dilihat dari perkara-perkara berikut :
· Beramal dengan bersungguh-sungguh, baik dalam keadaan bersendiri atau di khalayak ramai dan baik ada pujian atau celaan.
· Sentiasa menjaga hukum halal dan haram dalam setiap amal pekerjaannya baik berdepan atau berjauhan dari manusia.
· Cuba untuk menyampaikan apa yang telah diketahui tanpa mengambil kira diterima atau tidak apa yang disampaikan.
· Tidak merungut atau merintih pada setiap kegagalan yang dilalui bahkan sentiasa bermuhasabah diri.
Fikir-fikirkan
Pernahkah anda melihat matahari pagi yang selalu rajin tidak pernah terlambat untuk selalu bersinar dan tidak pernah mengharapkan imbalan atau balasan kembali dari makhluk-makhluk dibumi. Matahari tidak peduli apakah manusia hendak menerima sinarnya atau bahkan menolaknya. Tanggungjawabnya sentiasa dilakukan dengan sempurna.

No comments:
Post a Comment