Namun keadaan berubah, pada minggu yang lalu, saya bersama beberapa rakan membuat lawatan ke selatan Thailand, melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam Kedah, kami terus melalui daerah Danok, daerah yang bersempadan dengan Malaysia. Saya dimaklumkan bahawa Danok sekarang telah menjadi daerah Pusat Hiburan@Pusat Maksiat & Judi. Inisiatif kerajaan Thailand memindahkan dari Hat Yai ke Danok segala aktiviti-aktiviti maksiat telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat sempadan (Malaysia) terutama di kalangan PENCINTA WANITA dan MAKSIAT.
Komunikasi dengan berbahasa Melayu di daerah Danok lebih memudahkan lagi segala urusan mereka disana. Tidak hairanlah jika melihat kenderan Malaysia sebagai Pelancong dan juga Pelencong berbondong-bondong memasuki melalui pintu masuk Danok.
Negara Pelancongan
Hat Yai pula kini menjadi pusat Keluarga, tempat membeli belah pakaian dan makanan. Pun begitu, apa yang menarik perhatian saya adalah sikap penduduk dan masyarakat Thailand terhadap pelancong. Mereka menghormati pengunjung negara mereka, sikap lemah lembut masyarakat Thailand sememangnya perlu di jadikan contoh terutama untuk sebahagian rakyat Indonesia yang berjawat sebagai mencopet dan penipu yang sering mensasarkan pelancong asing sebagai sasaran. Tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia terutama dari gaya bahasa ketika berinteraksi dengan pelancong asing walaupun tidak memahami bahasa mereka.
Agak unik juga ketika makan di mana restoran di sana, pelayan harus memberikan layanan sebaik mungkin kepada pelanggan walaupun dengan menuangkan air atau nasi tambah. Pokoknya pelanggan hanya perlu makan sahaja! Urusan menuang air ke gelas atau mencedok nasi adalah sepenuhnya tugas pelayan.
Ketika ditanya kenapa perlu mencedokkan nasi dan sebagainya? jawapan mereka agak unik iaitu "takut bos marah". Mungkin ini adalah salah satu faktor mengapa pelancong masih berminat untuk mengunjungi Thailand walaupun negara dalan keadaan bergolak.
Sokhla
Menyusuri pantai Soklha sememangnya tidak jauh berbeza dari sudut struktur dan keadaan pantai. Cuma apa yang menyelinap di fikiran adalah Ikan Duyung yang menjadi "syiar" utama pusat pelancongan itu.
Adakah cerita duyung mereka sama sepeti cerita duyung di Malaysia, atau mungkinkah juga dari serapan atau versi cerita yang sama? Saya tidak dapat menjawabnya kerana belum pernah walau sekali mendalami cerita tentang Duyung.
Sudut Agama
Agama masyarakat Thailand lebih sinonim dengan agama Buddha, mereka juga bermazhab-mazhab, ada juga yang mempunyai Tuhan atau Dewa tertentu dan ada juga yang tidak mempunyai Tuhan sama sekali. Pun begitu segelintir dari mereka ada yang menganut agama Hindu.
Sudut Keselamatan
Keadaaan sangat berbeza ketika memasuki wilayah Thailand antara dahulu dan sekarang. Hambir setiap beberapa kilometer terdapat segerombolan tentera. Mereka terdapat hampir setiap penjuru daerah dengan lengkap bersenjata. Apa yang kami fikirkan mungkinkah isu Tak Bai masih semarak di Selatan Thailand?
Bertanya kepada salah seorang penduduk, apakah mereka tidak merasa rimas dengan kehadiran ribuan tentera kerajaan perkampungan mereka? Dengan bersahaja mereka menjawab 'lebih baik ada tentera, keadaan kampung kami semua menjadi aman, takde kecurian atau jenayah'.
dicurigai membawa bom oleh tentera yang berkawal
Kadangkala sandiwara tertentu kebanyakannya digunakan bagi mengaburi 'jenis' tekanan yang diberikan. Di sini, pihak media sangat berperanan dalam mengawal suatu situasi tentang gambaran sesebuah negara. Terutama dari baik dan buruknya. Maka dengan itu berhati-hati dengan MEDIA!
No comments:
Post a Comment