Friday, 24 December 2010

Kembalikan Dirimu!



HOREE! Balik kampug ! Itulah sorakan yang selalu didengari dari mulut dan hati setiap kali raya menjelang, begitu juga ketika cuti sekolah. Si anak akan begitu teruja untuk bertemu ayah dan ibu, melihat kampung halaman, burung-burung berkicauan, sawah padi terbentang indah yang disanalah tempat awalnya dia muncul didunia. Terkenang kembali nostalgia bermain dikampung ada yang bermain lastik, mandi sungai, memancing dan sebagainya. Apatah lagi apabila bertemu dengan rakan-rakan sekampung. Apabila terkenang semua itu terasa kepuasan dan ketenangan dalam jiwa. Kenapa? Kerana dapat mengingat kembali tentang sejarah di mana kita mula bertapak dan bermula dalam hidup ini.

Bila diri dibawa pulang ke pangkuan asal iaitu dengan mengingat kembali status diri dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi sudah cukup mengingat kita kepada Pencipta yang Maha Esa. Sudah cukup utnuk menjadikan kita sebagai seorang hamba yang sentiasa mendambakan cintanya. Fitrah kita sentiasa bergolak ingin kembali kepada yang asal iaitu kebaikan. Ingin kembali seperti mana dia baru dilahirkan ibarat kain putih bersih yang tiada noda dan dosa. Cuma sang hawa nafsu yang sentiasa menghalang dipertengahan jalan supaya tidak kembali ke ‘kampung halaman’. Benarlah firman Allah yang bermaksud :

“Bahawasanya hawa nafsu sentiasa mengajak dan menyuruh kepada kejahatan”



Zikir

Jiwa kita tenang bila mendengar deruan angin sepoi-sepoi menghinggap dikuping telinga, jiwa kita tenang bila mendengar titisan air hujan diiringi dengan bunyi cengkerik dan katak. Jiwa kita tenang bila melihat dan mendengar air sungai mengalir tenang dan teratur.
Jiwa kita tenang bila mendengar kokokan ayam jantan dihening subuh dan tidak pernah merungut bising atau memekakkan telinga.

Kenapa?

Kerana itulah zikir dan tasbihnya alam yang serasi dengan jiwa dan fitrah manusia yang hakikatnya sentiasa diperlukan oleh jiwa manusia.

“Ketahuilah bahawa berzikir kepada Allah itu hati akan menjadi tenang”

Allah itu Tuhan yang haq, maka kenikmatan ketenangan itu pasti datang setiap waktu dan dimana saja kita berada apabila zikir, ibadah, pengagungan dan cinta dijadikan makanan utama kehidupan.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menulis dalam bukunya yang bertajuk Melumpuhkan Senjata Syaitan “ Hakikat manusia adalah hati dan jiwanya, dan tidak ada kebaikan baginya kecuali dengan mengakui Tuhan yang berhak disembah hanyalah Dia. Dan tidak manusia tidak akan tenang kecuali dengan mengingatNya, ia tidak akan tenteram kecuali dengan mengetahui dan mencintaiNya. Tidak ada kebaikan baginya kecuali dengan mengesakanNya, mengesakan ibadah, takut dan berharap hanya kepadaNya. Jika ia mendapatkan kebahagiaan dan kenikmatan selain dariNya, maka ketahuilah bahawa ia tidak akan kekal dan nescaya perpindah-pindah mencari (nikmat ketenangan) tersebut dari satu perkara kepada perkara yang lain dan dari seseorang kepada seseorang yang lain.

No comments: