Wednesday, 13 October 2010

Kemas kini Directory Terbaru!

Kemas kini directory yang terbaru? Kenapa?

Ya! Ia sangat perlu untuk dikemas kini. Pernahkah anda membeli GPS atau sebarang peta negeri, daerah ataupun peta dunia? Sedarkah anda bahawa hampir setiap hari terdapat perubahan daerah dan pembangunan yang baru? Sedarkah anda bahawa perubahan-perubahan tersebut biasanya untuk menaik taraf supaya menjadi lebih maju dan pesat?


Soalan sebegini sengaja saya lontarkan untuk sama-sama kita fikirkan dan meneliti tentang apakah yang telah kita kemaskini. Ketika disekolah agama alhamdulillah kita telah pun diberi ‘pendedahan awal’ tentang agama. Kita telah pun mempelajari jawi, bahasa arab, fardhu ain dan sebagainya. Tapi mengapa kita tidak dapat melihat kesannya?

Ketahuilah bahawa ilmu yang telah di’hadiah’kan oleh guru-guru dan ustaz-ustaz kita disekolah hanya sebagai satu pemberian yang tanpa ada nilainya apabila kita hanya duduk ‘menerima’ tanpa mengemas kini ilmu tersebut dengan amalan.

Tapi bagaimana saya hendak mengamalkan bahasa arab sedangkan saya bukan duduk di negeri arab? Dan bagaimana pula untuk saya mengamal jawi sedangkan negara kita sudahpun maju dan tulisan roman adalah tulisan utama kita? Soalan ini munkin ada bermain-bermain dalam fikiran para graduan-graduan sekolah agama.

Bagaimana jika anda mempunyai software terbaru ditambah pula dengan directory yang terkini yang hendak anda download tetapi alat GPS anda tidak pernah wujud bahkan belum beli sama sekali. Adakah cita-cita anda tercapai? Atau hanya tinggal angan-angan yang satu hari nanti terhapus dan dilupakan?

Begitulah saudara-saudaraku, ilmu itu adalah alat untuk kita beramal. Amal tanpa ‘alat’ hanya mengakibatkan dan menghasilkan amalan yang tidak berkualiti dan bahkan yang sangat ditakuti amalan tersebut langsung tidak diterima olah Allah sama sekali.

didunia akan berkembang dan terus berkembang, jika tidak diburu ilmu itu akan meninggalkan kita.

Berikan Nilai

Saya solat setiap hari tanpa pernah tertinggal satu waktu pun. Tapi kenapa jiwa saya sama sahaja? Tidak ada pun sebarang rasa manis ketika melakukan ibadah tersebut? Tanya seorang murid.

Setiap pekerjaan hakikatnnya mempunyai nilai dan arti tersendiri. Namun nilai itu hanya didapati melalui ilmu dan pengalaman. Contohnya jika wang kertas dengan nilai RM100 diberikan kepada bayi atau kanak-kanak yang tidak berakal, munkin sahaja wang tersebut akan dijadikan mainan atau dikoyak-koyakkan dan sebaliknya jika diberikan kepada orang mengetahui tentang nilai wang tersebut pasti dia akan mengambil sekalipun wang tersebut kotor atau ronyok kerana memikir nilai disebalik ‘kertas’ itu.

Solat lima waktu sehari tidak akan memberikan kesan jika yang mengerjakan tidak mengetahui nilai didalam solat dan begitu juga pada amalan-amalan yang lain. Nilai itu itu tidak datang bergolek tatapi ia perlu dicari melalui proses membelajaran dan pengamalan. Namun begitu ada juga segelintir manusia yang tadak dapat mencapai erti nilai tersebut walaupun telah mempelajari selok-belok sesuatu amalan. Ini biasa di sebabkan proses tersebut tanpa diiringi dengan niat yang ikhlas semata-semata kerana Allah.

No comments: