Sunday, 29 August 2010

Syukuri Atas PemberianNya Dengan Memberi

Rasanya begitu cepat sekali masa berlalu. Ramadhan yang baru dimasuki sudahpun hampir sampai ke penghujung jalan. Terlintas difikiran apakah amal yang telah di 'upgarde' untuk menjadi yang lebih dan paling baik. Terasa masih banyak lagi kekurangan.
Namun bahang raya sentiasa bermain difikiran. Saya cuba untuk lenyapkan buat sementara waktu, tapi apakah daya setiap arah yang dituju diluar sana sentiasa menyemakkan daya ingatan untuk beraya baik dengan alunan lagu raya atau kesibukan-kesibukan raya dijalanan dan kedai-kedai.

Alhamdulillah apa yang paling saya gembira setiap datanganya ramadhan,ialah program kebajikan marak dilakukan diperbagai-bagai tempat. Tidak kira bandar atau kampung, masing-masing berlumba-lumba untuk memberi. Bagaimana tidak, beribu keutamaan telah dijanjikan olehNya.

Pada minggu lalu saya diundang untuk menjayakan program Infaq Mahabbah di daerah Kluang bersama Era Edar. Sambutan pendudukan kampung sangat mengharukan. Dan semalam juga baru menjayakan program bersama pertubuhan IKRAM JB. Saya diamanahkan untuk menjadi pengerusi majlis dalam program tersebut. Tahniah kepada IKRAM!
Program demi program telah berjalan sangat memberi impak kepada diri saya. Setiap kali menyebutkan nama-nama orang yang memerlukan dan melihat sendiri keadaan mereka pasti hati terasa seperti mahu menangis sepuas-puasnya. Entah kenapa hati menjadi terlalu sensatif apabila memikirkan dan membandingkan antara saya dan mereka. Syukurlah Allah telah mengurniakan saya iman dan perasaan.

No comments: