
Tengahari tadi, ketika berjalan-jalan 'cari makan' terlintas difikiran untuk bertemu dengan sahabat saya dan dia juga selaku pengurus Pusat Homeophaty di BBU yang dipelopori oleh almarhum Dr Azizan.
Ini adalah pertama kali bertemu dengannya untuk semata-mata berbincang tentang perubatan. Biasa kami hanya bertemu hanya untuk program-program kemasyarakatan atau hanya minum2 'teh'. Perkara yang pertama yang saya tanyakan berkenaan ibu mengandung (memandangkan isteri sedang menagandung ;-) hehe). Saya perlu tahu tentang istilah dan erti kesihatan dgn lebih dalam lagi.
Kadangkala kita lupa pentingnya menjaga kesihatan dalam hidup terutama dalam masyarakat Islam khususnya dan melayu umumnya. Selalu kita lihat dikalangan pendakwah-pendakwah tidak menjaga kesihatan, apa tidaknya hampir setiap diantara mereka atau kebanyakan diantara mereka masing-masing 'membawa perut'. Ini memberikan imej buruk kepada orang yang bukan Islam. Dan lebih parah lagi ada diantara mereka yang masih berstatus 'heavy smoker'.
Padahal Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan umatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit.
Kaedah yang harus kita berpegang adalah “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.
“وننزل القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين - سورة الإسراء : 82
"Dan kami turunkan Al Qur'an itu sebagai penyembuh dan rahmat bagi orang-orang beriman"Kesihatan dalam perubatan
“Complete physical, mental and social well being” – Kesempurna aktiviti fizikal, mental dan sosial yang baik. Dalam tahun 1985, WHO telah menambah spiritual – rohani sebagai suatu aspek yang menggambarkan seseorang itu mempunyai kesihatan yang baik ataupun tidak.
Konsep Pencegahan di dalam Islam. “Mencegah lebih baik daripada berubat” (preventive medicine)
1. Penjagaan kebersihan diri dan persekitaran
2. Pemakanan yang seimbang
3. Perlakuan dan aktiviti fizikal – senaman
4. Hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah dalam aspek kerohanian
Kebersihan
Kebersihan amat dititikberatkan di dalam Islam. Sebagaimana yang disebutkan di dalam Hadith “Kebersihan itu sebahagian daripada Iman” Wajib untuk kita menjaga kebersihan yang seterusnya akan mengelakkan seseorang itu daripada pelbagai jenis penyakit samada penyakit berjangkit (communicable) ataupun tidak (non communicable)
Firman Allah SWT
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri."
Dari aspek perubatan, kebersihan memainkan peranan yang cukup penting dalam mengelakkan seseorang ditimpa penyakit, kebersihan yang dimaksudkan adalah meliputi kebersihan diri dan kawasan persekitaran. Diri dan persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis vektor pembawa penyakit ke kawasan tersebut.
Makanan yang disediakan juga hendaklah dipastikan kebersihannya dan hendaklah dibasuh dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan sambil lewa dalam menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga.
Pemakanan Yang Seimbang
Dalam kehidupan seharian kita sering dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan juadah bagi memenuhi keperluan jasmani kita dan membekalkan tenaga yang secukupnya dalam melakukan aktiviti sehari hari.
Allah telah menukilkan di dalam Al Quranul Karim melalui firmannya:
“Wahai manusia, makanlah apa-apa diatas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.”
Firman Allah juga:
Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari apa-apa yang baik daripada rezeki yang dikurniakan oleh kami kepadaMu dan bersyukurlah kepada Allah dan kepadanyalah kamu bersembah sujud (beribadat)
Makanan yang kita makan sehari-hari adalah merupakan salah satu ibadat terhadap Allah apabila kita meniatkannya untuk membolehkan kita melakukan ibadat kepadaNya, oleh yang demikian amat perlu untuk kita memilih makanan yang kita makan dari jenis makanan yang berkhasiat dan baik bagi membolehkan kita mendapat manafaat yang optimum daripada apa yang kita makan.
No comments:
Post a Comment