Akhbar hari ini sekali lagi memaparkan kisah seorang remaja di Alor Setar Kedah yang hampir kehilangan tangan akibat bermain mercun. Lebih menyedihkan lagi seorang kanak-kanak darjah 2 meninggal dunia di Ulu Tiram Johor Bahru akibat bermain benda yang sama.
Tradisi menyambut raya dengan bermain mercun dikalangan kanak-kanak dan dewasa sudah menjadi biasa di kalangan masyarakat Islam Malaysia setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Walaupun saban hari ia telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia, masih saja ada yang masih menjual dan membeli. Pihak berkuasa terus mengeluarkan amaran tetapi ancaman itu hanya sekadar ancaman dan kelihatannya tidak memberikan kesan bagi mana-mana pihak.
Buktinya setiap menjelang Aidilfitri akan terpapar insiden-insiden mercun yang menimpa baik kanak-kanak dan remaja.
Salah Siapa?
Persoalannya mengapa kejadian sebegini terus berlaku? Adakah kesalahan terletak kepada kerajaan yang kurang membuat operasi? Atau ibubapa yang kurang prihatin?
"Takpelah, biarlah budak-budak tu nak main..kan setahun hanya sekali je"
Terdengar saya alasan seorang ibu untuk membiarkan anak-anaknya bermain.
Inilah hakikat yang terjadi di kalangan umat Islam Malaysia. "Mentality" orang Islam di Malaysia amat sukar untuk diubah.
Kesalahan terletak pada semua orang baik yang menjual, membeli, yang bermain, yang mengetahui@terdengar bunyi letupan mercun. Kerana mencegah kemunkaran adalah tanggungjawab semua umat Islam. Tidak cukup hanya dengan amaran oleh pihak berkuasa dan polis sahaja untuk mencegah.
Hukum Bermain Mercun
Jelas saya katakan disini hukum bermain mercun boleh dihukumkan sebagai haram berdasar fakta-fakta berikut :
1. Pembaziran Wang
Kenapa perlu berhabisan wang jika hanya sekadar unutk membakarnya. Munkin ada beralasan
Hakikatnya adalah sama, darjat mercun tidak akan naik kecuali ada yang bermain@meraikan dan memberikan sokongan dengan apa cara sekalipun. Walhal, banyak saudara-saudara kita yang hidup dalam serba kekurangan, untuk membeli sekilo beras sahaja tidak mampu. Kita dengan gembiranya membakar duit-duit yang sepatutnya dimanfaatkan tanpa merasa bersalah sedikitpun.
2. Menganggu Ketenteraman Awam
Rasulullah bersabda :
Tradisi menyambut raya dengan bermain mercun dikalangan kanak-kanak dan dewasa sudah menjadi biasa di kalangan masyarakat Islam Malaysia setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Walaupun saban hari ia telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia, masih saja ada yang masih menjual dan membeli. Pihak berkuasa terus mengeluarkan amaran tetapi ancaman itu hanya sekadar ancaman dan kelihatannya tidak memberikan kesan bagi mana-mana pihak.
Buktinya setiap menjelang Aidilfitri akan terpapar insiden-insiden mercun yang menimpa baik kanak-kanak dan remaja.
Salah Siapa?
Persoalannya mengapa kejadian sebegini terus berlaku? Adakah kesalahan terletak kepada kerajaan yang kurang membuat operasi? Atau ibubapa yang kurang prihatin?
"Takpelah, biarlah budak-budak tu nak main..kan setahun hanya sekali je"Terdengar saya alasan seorang ibu untuk membiarkan anak-anaknya bermain.
Inilah hakikat yang terjadi di kalangan umat Islam Malaysia. "Mentality" orang Islam di Malaysia amat sukar untuk diubah.
Kesalahan terletak pada semua orang baik yang menjual, membeli, yang bermain, yang mengetahui@terdengar bunyi letupan mercun. Kerana mencegah kemunkaran adalah tanggungjawab semua umat Islam. Tidak cukup hanya dengan amaran oleh pihak berkuasa dan polis sahaja untuk mencegah.
Hukum Bermain Mercun
Jelas saya katakan disini hukum bermain mercun boleh dihukumkan sebagai haram berdasar fakta-fakta berikut :
1. Pembaziran Wang
Kenapa perlu berhabisan wang jika hanya sekadar unutk membakarnya. Munkin ada beralasan
"saya tidak membeli, orang yang kasi" atau "alaa harganya bukan mahalpun, cuma 2 ringgit je".
Hakikatnya adalah sama, darjat mercun tidak akan naik kecuali ada yang bermain@meraikan dan memberikan sokongan dengan apa cara sekalipun. Walhal, banyak saudara-saudara kita yang hidup dalam serba kekurangan, untuk membeli sekilo beras sahaja tidak mampu. Kita dengan gembiranya membakar duit-duit yang sepatutnya dimanfaatkan tanpa merasa bersalah sedikitpun.
2. Menganggu Ketenteraman Awam
Rasulullah bersabda :
"Jangan mendatangkan mudarat kepada orang lain dan saling mendatangkan mudarat antara satu sama lain"
Jika kita bertanya kepada orang yang ada disekeliling adakah anda suka dengan bunyi dentuman mercun? Pasti mereka mengatakan tidak suka. Begitu juga dengan ibu bapa yang membelikan dan merelakan anak-anak mereka bermain, biasanya akan menyuruh anak-anak mereka bermain jauh dari rumah dan tidak meletupkan di kawasan rumah supaya mereka merasa tidak terganggu. Tapi bagaimana pula dengan orang-orang lain dikawasan lain. Biasanya orang yang bermain mercun bertujuan supaya orang lain mendengar letupan tersebut. Jarang sekali ada yang bermain di daerah hutan-hutan.
Mengganggu jiran dengan meninggikan tembok rumah sendiri sahaja ditegah oleh Rasulullah khuatir mereka akan terganggu, apatah lagi dengan bunyi yang memang sudah sangat jelas mengganggu. Seperti di dalam sabda beliau :
3. Membahayakan Diri
Allah berfirman :
Mengapa setiap kali mercun dibakar si pembakar tersebut akan lari dan menjauhkan diri? Sudah pasti kerana mereka tahu BAHAWA MERCUN BOLEH MEMBAHAYA DIRI mereka. Tapi kerana nafsu syaitan yang ada dalam diri akhir mereka melupakan buat sementara waktu. Sebab arak dan rokok di haramkan kerana boleh membahaya kesihatan dan diri mereka. Maka begitu juga dengan mercun boleh diqiaskan dengan perkara tersebut.
Sememangnya tidak ada dalil tertuju kepada mercun tersebut. Tapi kita sebagai manusia telah dikuniakan akal untuk berfikir, ditambah lagi Kitab panduan yang serba lengkap untuk menjadi panduan dalam hidup kita iaitu Al Qur'an dan As Sunnah.
Jangan kita cemari malam ramadhan dengan bermaksiat kepada Allah. Bukalah minda kita dan jangan tertipu dengan agenda-agenda kaum kafir dan jangan jerumuskan diri dan keluarga dalam kebinasaan. Wallu'alam.

"Dan jangan meninggikan binaan sehingga menghalang angin ke rumahnya (jiran kamu)"
3. Membahayakan Diri
Allah berfirman :
"Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kedalam kebinasaan"
Mengapa setiap kali mercun dibakar si pembakar tersebut akan lari dan menjauhkan diri? Sudah pasti kerana mereka tahu BAHAWA MERCUN BOLEH MEMBAHAYA DIRI mereka. Tapi kerana nafsu syaitan yang ada dalam diri akhir mereka melupakan buat sementara waktu. Sebab arak dan rokok di haramkan kerana boleh membahaya kesihatan dan diri mereka. Maka begitu juga dengan mercun boleh diqiaskan dengan perkara tersebut.
Sememangnya tidak ada dalil tertuju kepada mercun tersebut. Tapi kita sebagai manusia telah dikuniakan akal untuk berfikir, ditambah lagi Kitab panduan yang serba lengkap untuk menjadi panduan dalam hidup kita iaitu Al Qur'an dan As Sunnah.
Jangan kita cemari malam ramadhan dengan bermaksiat kepada Allah. Bukalah minda kita dan jangan tertipu dengan agenda-agenda kaum kafir dan jangan jerumuskan diri dan keluarga dalam kebinasaan. Wallu'alam.
No comments:
Post a Comment