Tuesday, 1 September 2009

Ramadhan Bukan Hanya Waktu Menahan


" Ustaz, kalau kita bepengangan tangan dengan 'mata air' kita batal tak puasa?"

Teringat saya ketika salah seorang pelajar lelaki tsanawi 4 bertanyakan soalan tersebut pada bulan Ramadhan tahun lalu. Pada tahun ini seorang pelajar perempuan pula bertanya pertanyaan yang sama.

Saya terfikir kenapa soalan boleh terkeluar dari mulut-mulut mereka?? Pertama, munkin kita dapat memberikan sedikit kesimpulan bahawa sudah terdapat sedikit kesadaran di kalangan remaja-remaja kita tentang sensitivity pada bulan yang mulia ini.

Yang kedua pula, terdapat satu persepsi dikalangan mereka khususnya dan masyarakat secara amnya bahawa bulan Ramdhan ini hanyalah suatu masa yang tercipta hanya untuk MENAHAN diri dari melakukan perkara-perkara yang di tegah di dalam syariat Islam. Maka itu tidak hairan jika di sebahagian daerah dan bahkan sebahagian negara memberhentikan "KEGIATAN MAKSIAT" mereka seperti disko dan rumah-rumah pelacuran pada bulan suci dan akhirnya menyambungnya kembali tatkala bulan Ramdhan selesai.

Akankah golongan yang sebegini termasuk dalam kategori yang Rasulullah sebutkan dalan hadis yang bermaksud:
"Berapa banyak orang-orang yang berpuasa tetapi tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja"

Akibatnya, masyarakat umum banyak menyangka khususnya bagi mereka jahil bahawa Ramadhan ini hanyalah waktu MENAHAN DIRI dari melakukan perkara-perkara yang di tegah oleh agama dan bukan waktu MERUBAH DIRI. Walhal agama Islam bukan lah bersifat sementara dan sebahagian sahaja, bahkan agama ini bersifat kekal dan menyeluruh.

Perlu diketahui bahawa diterima oleh Allah Ibadah seseorang itu bukan hanya terletak pada bagaimana dia beribadah tetapi juga terletak kepada kelurusan, perubahan dan konsisten dalam melakukan ibadah tersebut. Wallahu'allam


No comments: