Saturday, 26 September 2009

Pautan Ukhuwwah Dalam Ramadhan


ROW (Ramadhan On Wheel) dan qiyamullail yang di adakan pada kemuncak Ramadhan cukup bermakna bagi kami warga PUSAT PENDIDIKAN ASYAKIR. Walaupun program hanya dua hari tapi cukup memberikan kesan positif.

Program yang memberatkan ukhuwwah antara warga muslim sudah seharusnya sentiasa di adakan tidak hanya sekadar Ramadhan, bahkan di bulan-bulan yang lain. Bermulanya dengan ROW yang berkonsepkan bantuan terhadap orang-orang yang tidak berkemampuan telah membuka minda kepada mereka bahawa mereka bukanlah hidup dalam warna yang satu.

Menitik UKHUWWAH dalam kehidupan sehari-hari bukanlah mudah. Ia mudah datang dan mudah juga pergi. Perlu sentiasa di siram dengan ziarah dan mengambil berat antara satu sama lain dengan cara yang berbagai berasaskan dasar-dasar Islam.

Apa yang sangat menarik bagi saya pada program kali ini adalah peserta non muslim yang berminat dengan program kami bersama-sama menyertai bermula dari ROW hinggalah berakhir dengan QIYAMULLAIL di Masjid Wak Tanjung. Semoga Allah memberikan dia hidayah dan petunjuknya insya Allah.

Edwin & Ust. Sirajjudin
Semoga Allah menyatukan dalam keimanan yang sama
..

No comments: