Saturday, 22 August 2009

Alhamdulillah Atas Nikmat Yang Diberi



Alhamdulillah..

"Sempat aku bertemu dengan ramadhan kali ini".

Detik hati ini, dengan setitis harapan moga saya terus dapat meningkat diri dalam aspek yang saya mampu. Tidak lain dan tidak bukan hanya untuk MEMBERI khidmat yang lebih baik untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Minggu-minggu dan bulan yang telah lalu telah banyak membawa erti kepadaku. Beberapa program yang telah saya lalui sedikit sebanyak telah memberiku ilmu dan pedoman baru tentang HIDUP ini.

Walaupun hakikatnya tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahunku yang lain. Biasa aktiviti-aktiviti yang saya ikuti lebih berteraskan DINIYYAH, daurah dan sebagainya tapi tahun ini agak berbeza. Program pembangunan dan pengurusan kejurulatihan menjadi pilihan utamaku. Bukan berarti sudah bosan dengan yang LAMA, tetapi hanya MEMPERBAGAI kemampuan dan pengetahuan am dalam diri.

Ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabatku yang memberikan maklumat berkenaan program-program DINIYYAH sepanjang bulan-bulan ini da ribuan terima kasih juga kerana sudi memberikan maklumat.

No comments: