
Hari-hari yang sekarang ini memang seakan tiada lagi berita itu akibat tertelan dengan warta politik yang berpanjangan. Walau munkin jika terus ditelusuri lebih jauh fenomena tersebut masih terjadi.
Kenyataan pahit tersebut lebih mencerminkan rendahnya akhlak, moral dan sifat-sifat yang positif lainnya. Keadaan lebih parah lagi apabila ditambah dengan nuansa huru-hara kesenangan yang pada asalnya hanyalah fantasi semata-mata. Kemerosotan dalam moral ini ternyata bukan hanya berlaku pada negeri sendiri bahkan di negara-negara jiran juga hingga ke pelusuk negara yang lainnya.
Hal ini menimbulkan beribu tanda tanya terhadap sejauh mana keberkesanan pendidikan dengan teknologi tinggi dan teori-teori yang menggunung. Adakah pendidikan sekolah tidak mampu menghasilkan generasi yang baik ? Baik moral atau akademiknya.
Siapa Yang Bertanggungjawab
Membedah permasalahan ini memang tidak mudah apalagi ditujukan kepada perbaikan kepada benda yang telah lama rosak. Pendidikan pada asalnya sangat berkait rapat dengan faktor luaran lainnya seperti sosial, ekonomi dan juga politik. Secara global memang pemerintahan adalah institusi pendidikan yang utama perlu menitikkan muhasabah diri. Dan kita pula sebagai rakyat juga perlu mengambil peranan masing-masing demi kemajuan pendidikan anak-anak kita amnya. Individu-individu tersebut adalah kunci keberhasilan pendidikan suatu generasi berikutnya. Ketika individu suatu masyarakat itu rosak, maka tidak hairan generasi yang berikutnya akan ikut sama rosak.
Hal yang perlu disedari bahawa setiap individu pendidik bahawa mereka harus sangat peka dengan keadaan di sekelilingnya, bukan hanya di sekolah sahaja. Bahkan radio yang di dengar, tv yang di tonton, hp yang di genggam, buku-buku dan majalah yang di baca, itu semua perlu ada penilaian dari seorang pendidik. Kerana elemen-elemen itu adalah salah satu sarana pendidikan zaman modern ini. Maka apapun yang ditampilkan harus sentiasa dicermati, difikirkan supaya sentiasa menghasilkan implikasi yang positif dan baik.
Maka dari itu setiap individu yang bergelar pendidik baik guru itu sendiri, ibubapa, abang atau kakak hendaklah sentiasa memperhatikan dirinya. Jangan hanya sekolah yang di harapkan, kerana sekolah itu pada hakikatnya adalah perkara yang kedua dan ketiga selepas keluarga. Berusaha untuk mewujudkan pemeliharaan keluarga dari sudut pendidikan adalah perkara yang perlu di utamakan dahulu. Allah berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (At Tahrim : 6)
No comments:
Post a Comment