Masalah persekitaranku sekarang ini cukup membingungkan, ketika di rumah sukar untuk mendapatkan ketenangan. Walau sudah cuba sedaya mungkin wajah al marhum adikku yang baru meninggal sebulan lalu sentiasa terbayang. Apabila ke sekolah pula, masalah management yang tak kunjung selesai terus menjadi arena perang pemikiran. Belum lagi dengan masalah-masalah sampingan yang lain.
Namun, saya juga bersyukur. Perkara sebegini membuatkan saya tertarik "cermin diri sediri". Saya bertambah yakin lebih-lebih lagi apabila kebetulan terdengar kata-kata Aa Gym berkenaan Bina Diri Dengan Hati. Menyentuh bahawa orang mempunyai masaalah adalah orang yang beruntung, dengan masalah tersebut dia akan mampu melangkah lebih jauh lagi, ini sudah tentu dengan peranan hati yang sentiasa positif. wallahu'alam.
Kadangkala saya senyum sendirian, bukan kerana gila atau kurang siuman.. Cuma terasa mungkin inilah masanya untuk membuat reformasi dalam kehidupan, munkin sebelum ini saya hanya berkhayal atau syok sendiri. Angan-angan menjadi mainanku setiap hari, sehingga apa kucari mungkin sebahagiannya hanya ilusi. Pembaharuan keadaan diri perlu saya lalui dengan segera insya Allah.
No comments:
Post a Comment