Monday, 13 February 2012

Ketika Anak Telah Bersedia Untuk Belajar


"Nak Kuku", itulah ungkapan Mirza meminta untuk di berikan buku-bukunya. Ayah mana yang tidak gembira dan terharu apabila si anak mula cuba untuk berinteraksi menggunakan bahasa yang telah dipelajari sendiri dengan mendengar. Perkembangan ini telah 'memberitahu' pada saya bahawa DIA SUDAH MULA BELAJAR'. Mungkin jika dilihat Mirza hanya sekadar bermain dan melihat gambar semata-mata. Namun pada hakikatnya ada sesuatu yang sedang dia cuba fahami dan serapi dalam mindanya.

Buku-buku akan ditinggalkan 'bulat-bulat' apabila Mirza dah penat membelek

Masa Peka Belajar

Dalam dunia perkembangan kanak-kanak, akan tiba suatu masa peka untuk belajar di mana si anak akan tertarik untuk melakukan suatu pekerjaan yang dilakukan oleh orang dewasa, sedangkan mereka belum mampu. Pada ketika ini anak akan sangat mudah untuk diberi pemahaman dalam suatu perkara, mudah menerima satu-satu maklumat yang diberikan dan sentiasa excited untuk mengetahui perkara-perkara yang baru. Waktu ini juga sangat sesuai untuk mula mendisiplinkan si anak kerana dia memang sedang memerlukannya.

Pada ketika ini jangan memaksa untuk memahami atau mengerjakan sesuatu. Biarkan ia melakukan suatu perkara dengan rela dan mesra. Ini kerana untuk mengelakkan timbul mind set bahawa suatu pekerjaan itu susah dan membosankan, juga dikhuatiri terbawa-bawa hingga ke peringkat usia lebih besar. Tugas ibubapa yang paling utama adalah memberi pendedahan dan dan menerangkan jika perlu. Pada waktu ini, mereka lebih bersifat 'recorder' yang berjalan. Pantau apa yang mereka lihat, dengar dan rasa kerana mereka telah mula belajar untuk mengelakkan menjadi kurang hajar pada masa yang akan datang.

Sifat mencuba dan ingin tahu adalah fitrah setiap 'baby'

Tanda Yang Menunjukkan Mereka Telah Bersedia Untuk Belajar


1. Tingginya minat dan rasa ingin tahu.

2. Minat pada sesuatu yang berkekalan

3. Ada kemajuan dan perkembangan dari masa ke semasa dengan suatu yang dia telah pelajari.




No comments: