TENTANG


Dilahirkan pada 17 April 1986. Merupakan anak ke-3 daripada 10 orang adik beradik yang dibesarkan di Johor Bahru.
  

Memulakan pendidikan di salah sebuah Maahad Di Jawa Tengah Indonesia. Beliau adalah antara 6 orang pelajar Malaysia yang dipilih untuk mengikuti pengajian di Institute for Training of Imams and Preachers, Muslim World League, Saudi Arabia dalam bidang Dakwah.

Sangat meminati dalam bidang pengajaran dan dakwah sejak dari usia dini lagi di mana telah memulakan aktiviti dalam bidang dakwah dan mengajar ketika berumur 17 tahun di kawasan-kawasan pendalaman dan pergunungan Jawa Tengah Indonesia. Pernah dilantik menjadi pembimbing pelajar Bahasa Arab di Maahad Al Irsyad Indonesia dan pegawai penyelidik Haji kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Ummul Quro Makkah.

Selain itu, pengalaman yang luas telah menjadikan beliau bergiat aktif dalam bidang latihan dan seminar pendidikan. Antara badan-badan yang pernah mengambil khidmat beliau ialah:

· Muslim World League Singapura
· Yayasan Kebajikan Nusantara
· Pusat Pendidikan Asyakir Singapura
· Masjid Wak Tanjung Singapura
· Muhammadiyyah Singapura Zon Barat
· Sekolah Convent Johor Bahru
· Dianhikmah Consultancy
· Fakulti Sains Komputer UTM Johor
· Petronas Gas Segamat, Johor

· Koperasi UTM Johor
· Jabatan Pembangunan Wanita
· Masjid Jamek Bandar Baru Uda

· Koperasi UTM Berhad dan lain-lain

Sehingga kini beliau terus memberikan tumpuan di dalam pendidikan dan bidang keusahawanan dan latihan khususnya dan bina insan selain diundang untuk memberi ceramah dan bengkel atau kursus Bahasa Arab. Beliau adalah seorang master trainer dalam Wahdah Consulting, sebuah konsultan yang menyediakan khidmat latihan bahagian pendidikan dan keusahawanan.


Beliau adalah Co-Founder kepada Kumpulan Syarikat Wahdah dan terlibat secara langung dalam pengurusan Syarikat Induk Wahdah Travel & Tours Sdn Bhd dalam Unit Bahagian Korporat Kereta Sewa dan Fleet Management.  

Blog  http://muhdraden.com adalah medium perkongsian beliau dengan harapan supaya dapat berkongsi idea dan pengalaman dengan para pembaca sekalian walaupun pengalaman yang ada hanyalah ibarat setitis air. Namun, tangan ini sentiasa terbuka untuk menerima pandangan, tunjuk ajar dan nasihat dari pembaca dan rakan semua.