Saturday, 28 March 2009

Membaca itu perlu, tetapi berwaspadalah!


"Bacalah!" Kalimat ini sungguh perupakan ungkapan perintah yang sangat konkrit. Kerana nilai yang begitu mendalam, amatlah sensetif bila perintah itu dilontarkan secara serampangan.

Namun, apabila ianya diaplikasikan dengan cara yang kurang berhati-hati, maka membaca itu boleh mempengaruhi beberapa unsur negatif ke dalam diri sang pembaca. Di antara bentuk bacaan yang harus di titik beratkan atas kesan nagetifnya adalah seperti berikut ini :

1. Komik Bergambar

Betapa baik pun isi komik komik tersebut, tapi jika diiringi dengan gambar-gambar makhluk bernyawa, kerana Rasulullah pernah bersabda kepada Aisyah R.A :

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar (lukisan)"

Ditambah dengan keadaan rupa gambar yang membawa imej fesyen dan cara perbualan trend terkini dan sebagainya. Contohnya seperti komik "Conan", "Doraemon" dan sebagainya. Kesannya masyarakat mula mendekati dan mencuba-cuba cara kartun memakai mini skirt dengan stokin tinggi hingga ke lutut dan sebagainya.

2. Cerita-Cerita Fantasi Seperti Novel & Sejenisnya

Bacaan-bacaan novel dan sejenisnya pada hakikatnya sangatlah tidak mendidik. Meski bukan bearti tidak berguna sama sekali. Terkadang, ada juga perkara-perkara yang mengarahkan pembaca kepada kebaikan. Yang dimaksudkan di sini ialah novel-novel yang memuatkan kisah-kisah fantasi bertemakan kehidupan sehari-hari. Terutama sekali novel-novel percintaan, meskipun di cover dengan belbagai unsur keagamaan. Nilai bahaya yang boleh saya senaraikan terhadap novel-novel tersebut adalah seperti berikut :

a) Membudayakan Sikap Dusta

Cerita fantasi mambawa makna cerita khayalan dan bukan realiti. Walaupun betapa mulia si penutur kisah maksudkan. Namun jika ia bohong maka tetap ia satu perkara yang munkar. Mengisahkan cerita bukanlah alasan yang membolehkan seseorang untuk berbohong. Kerana Rasulullah pernah bersabda :

" Sungguh celaka orang yang menuturkan cerita lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia. Celakalah dia."

Konteks hadits tersebut mengecam orang yang suka menuturkan kisah-kisah dusta untuk membuat orang tawa. Tatapi disebab intinya satu kebohongan maka syariat tetap mengharamkannya.

b) Meyebarkan Maksiat

Cerita-cerita novel juga membantu membudayakan maksiat. Sama ada novel itu bertemakan percintaan atau pun yang berwarna keislaman. Kerana kebiasaaannya (walaupun kadang kala bukan keseluruhan) sesebuah novel itu akan mempamerkan ikon utama sesebuah kisah, baik itu lelaki atau perempuan. Jika perempuan maka dia di jelaskan secara terperinci dari rupa, kecantikan dan begitu juga dengan lelaki. Kerana matlamat penulisan novel ini adalah untuk penghayatan kepada sang pembaca, jika sedih maka ia akan membuatnya menangis dan jika gembira akan membuatnya tertawa dan teruja dengan kisah tersebut. (bersambung i'Allah)




No comments: