Tuesday, 17 March 2009

Lurus adalah Jalanmu.


Bersikap luruslah! Istiqomahlah! Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari kebanyakan para Da'i kita. Namun ungkapan ISTIQOMAH adakah difahami dan diterapkan dengan betul ??

Dalam kita Mufradutur Raghib disebutkan "Bahawa seseorang dikatakan istiqomah apabila ia menetapi jalan yang lurus, sebagaimana firman Allah :

"Seseungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka beristiqomah"
(Al Ahqaf : 13-14)

Kemudian Umar pula pernah memberi komen tentang Istiqomah ia berkata:

"Istiqomah adalah kamu berdiri di atas perintah dan larangan dan kamu tidak berpaling sebagaimana keldai menolah"

Sebahagian alim ulama pula mengatakan :

"Sikap Istiqomah itu kembali kepada dua hal, iaitu keimanan kepada Allah yang benar dan mengikuti segala apa yang dibawa oleh Rasulullah secara zahir dan batin"

Kesimpulan yang dapat kita ambil dari kenyataan di atas bahawa Istiqomah bukan hanya tertumpu berkekalannya suatu amalan, tapi adalah dengan meniti satu jalan yang lurus dengan tidak membengkok ke kanan atau ke kiri, juga tidak menambahi dan tidak mengurangi, tidak berlebihan dan tidak pula meremehkan syariat. Inilah yang di maksudkan dengan Istiqomah.

Namun, dari segi praktikalnya memang begitu sulit untuk berpegang dengan sifat ini. Ada sahaja cabaran yang melintang dan godaan yang menghadang. Namun begitu, tidak perlu dirisaukan. Kerana terdapat beberapa tips syar'i yang munkin boleh kita pegang dalam merintis istiqomah di jalan yang lurus ini :

1. Bertaubat : Melepasi semua dosa dan maksiat, menyesali dengan tekad dan azam tidak akan
mengulangi dan kembali kepada dosa yang telah di lakukan dan juga dosa yang akan datang.
Allah berfirman :

"Dan bertaubatlah kalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"
(An Nur : 31)

2. Muraqabah : Sentiasa merasa diawasi oleh Allah maknanya kita mesti menguatkan keyakinan terhadap pengawasan Allah terhadap diri kita dalam apa jua keadaan sekalipun.

3. Muhasabah : Introspeksi sebenarnya bukanlah mudah, merasa dirinya sentiasa betul adalah
masaalah kendala utama dalm muhasabah diri. Namu, jika seseorang bersifat tawaduk,
sentiasa merasa dirinya rendah di hadapan Allah, Inysa Allah dengan sendirinya sifat
muhasabah akan menjelma dalam pemikiran dan tingkah
laku.

No comments: