Tuesday, 16 December 2008

Menjadi Umat Terbaik..Bagaimana ?

Kita merupakan umat yang terbaik dalam usaha untuk membina keunggulan. Kita perlukan formula dari Al-Quran. Formula ini kita perolehi dari Surah Al-Imran ayat 110. Allah swt. berfirman yang bermaksud


" Kamu merupakan sebaik-baik umat yang Allah keluarkan bagi manusia. Kamu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah "


Itulah 3 formula tentang bagaimana kita menjadi umat yamg terbaik. Tonggaknya ialah keimanan kepada Allah. Iman boleh kita umpamakan seperti kompas hidup. Bayangkan jika kita bermusafir dan kita tidak ada peralatan lain yang dapat membantu untuk menentukan destinasi dan halatuju. Ketika itu anda amat mengharapkan kepada kompas.

Iman di hati berkedudukkan seperti kompas dalam hidup. Ia memberi nasihat pada hati kita. Ia juga menentukan sikap kita, gaya hidup kita dan cara hidup kita akhirnya. Maka iman adalah tonggak kepada keunggulan. Disamping iman, kita perlukan tindakkan.


Tindakkannya mestilah berdasarkan apa yang kita sebutkan tadi iaitu melaksanakan yang makruf dan membantu orang lain melakukan yang makruf. Makruf bermaksud perkara yang di tuntut oleh syariat dan yang di pandang baik oleh syariat. Kita juga di suruh untuk mencegah kemungkaran. Kemungkaran bermaksud perkara yang di benci oleh syariat, di haramkan dan juga yang akan mendatangkan kemudaratan pada kehidupan.

Teringat saya ketika satu masa yang lalu kita di kejutkan dengan kemungkaran dasyat yang menyerang Malaysia, apabila adik Nurul Huda Abd Ghani di rogol dan di bunuh oleh manusia kejam yang tidak berperi kemanusiaan, diikuti pula tidak cukup sekadar adik Nurul Huda yang baru berumur 10 tahun, di susuli pula dengan perbuatan yang lebih kurang sama ke atas adik Harirwati Sardi, kemudian pula adik Nurin.Kita mengucapkan takziah kepada keluarga mereka. Kita berdoa kepada Allah agar adik-adik ini di tempatkan, di tempat yang terbaik di syurga insyaallah.

Tapi kisah di dunia ini belum selesai. Mengapa ini boleh berlaku oleh orang melayu islam yang melakukannya keatas golongan melayu islam. Malah bila kita bercakap tentang islam, ia bukan hanya menyentuh melayu islam, segala kemungkaran keatas sesiapa saja, keatas rakan-rakan yang kita kasihi yang bukan islam sekalipun, kita tidak akan bersetuju. Kita akan menentang. Kita akan mengatakan ia kemungkaran.

Mengapa !!!

Kerana itulah kehendak agama. Sikap kita di suluhi oleh agama. Cuma dalam konteks apa yang berlaku, ia berlaku keatas adik Nurul Huda, adik Harirwati dan Nurin.

Bagaimana jika ia berlaku pada anak kita. Tidakkah kita melenting. Justeru jangan melihat kes ini sebagai kes yang terpisah dari diri kita. Jangan !!!!. Jika kita berminda seperti itu,

" Oh !! ini anak orang lain bukan anak saya "

Cuba betulkan balik cara berfikir. Cara fikir kita kebanyakan ialah cara fikir yang salah.

Justeru kita berdoa kepada Allah agar keluarga mereka ini di berikan kekuatan dan ketenangan. Namun seperti yang saya katakan tadi kisah ini belum selesai. Apa yang patut kita lakukan.


Pertama sekali, kita mengambil perkara yang paling asas iaitu segala kemungkaran yang berlaku untuk kita tangani, kita perlu mulakan dengan pendidikkan. Pendidikkan perlu di mulakan awal terutamanya pendidikkan tidak rasmi di rumah. Kita didik anak kita supaya mengenali makruf dan melaksanakannya. Kita juga mendidik anak kita agar ia mengenali yang mungkar dan menjauhinya, sebab dengan pendidikkan itu kita sedang mendidik umat agar tidak menjadi penjenayah. Kita juga sedang mendidik umat untuk mengenali jenayah jika ia berlaku. Kemudian kita mahu pendidikkan ataupun sistem pendidikkan kita mempunyai roh. Bukan hanya pendidikkan yang menekankan lagu ba ba black sheep have you any wools dan sebagainya.

Kita juga tidak mahu pendidikkan yang asyik dengan hiburan, bukan kita anti hiburan, tapi hiburan biarlah bertempat. Apabila hiburan dijadikan wawasan hidup, maka akibatnya agama ini hanya jadi sampingan, tuition lebih kepada akademik, pendidikkan agama ini takut nanti gila, takut nanti iseng kata orang utara kita. Ini semuanya cara fikir yang salah.

Lantas sistem pendidikkan kita perlu ada roh berdasarkan makruf yang hendak di hayati, yang mungkar hendak di jauhi. Kemudian yang begitu hebat didebatkan di akhbar-akhbar popular di Malaysia pada hari ini ialah tentang undang-undang. Ada yang mencadangkan agar penjenayah yang seperti itu di sebat di khalayak ramai. Ada yang mencadangkan agar mereka di hukum bunuh sebab selepas merogol, mereka membunuh dengan cara yang kejam. Undang-undang yang ada ini adakah tidak mencukupi. Itu persoalannya. Rata-ratanya orang mengatakan tidak mencukupi. Undang-undang yang ada ini tidak mencegah. Penjenayah tidak merasa gerun dengan undang-undang. Perlu adanya tindakkan yang keras dan tegas.

Saya menyokong undang-undang yang keras dan tegas. Bukan maksud untuk mengatakan hanya undang-undang boleh selesaikan masalah. Tidak !!. Sebab itu saya mulakan tadi dengan pendidikkan, penekanan kepada roh. Itu yang paling asas. Tetapi undang-undang yang keras dan tegas di perlukan keatas segelintir orang yang jahat. Ada yang mengatakan kita bunuh saja pembunuh ini, ada benarnya. Ada yang mencadangkan kita sebatnya di khalayak ramai. ada benarnya. Semua ini pandangan yang baik, yang bernas walaupun ia timbul reaksi daripada apa yang berlaku. Jika pembunuhan dan rogol ini tidak berlaku, kita tidur juga. Mungkin ia reaksi, tapi reaksi yang baik. Kita kena pandang positif. Jika itulah pandangannya, saya mencadangkan marilah kita melihat semula apa formula Al-Quran dan as-Sunnah. Mungkin formula ini yang kita perlukan.

Semoga insyaallah tempat tinggal kita yang tercinta ini di jauhkan daripada kemungkaran. Biarlah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita. Pengajaran kepada sebagai ibubapa, anak-anak. Juga pengajaran kepada mereka yang menggubal undang-undang untuk menilai semula undang-undang kita. Mungkin tidak mencukupi bagi kita yang mempunyai roh islam, kita merasakan tidakkah mungkin sudah sampai masanya kita renung semula Al-Quran dan As-Sunnah untuk mencari formula dari sana. Tidak hanya kita membaca, kita dengungkan, kita an in un, bukan sekadar itu, tapi cuba kita kaji, teliti dan keluarkan formula dari sana untuk membantu kita selesaikan masalah gawat yang kita hadapi ini, Semuga Allah swt memberikan kekuatan kepada kita insyaallah.Wallahu'alam

No comments: