Tuesday, 16 December 2008

Membina Murabbi

Menjadi murabbi bukannya mudah. Ia bukanlah satu title yang dinobatkan kepada sesiapa dengan mudah. Pengorbanan menjadi sahabat. Cabaran demi cabaran harus ditempuhi. Ketika bertemu sahahabat-sahabatku di Kuala Lumpur, topik ini menjadi perbualan hangat di antara kami. Apa tidaknya, kebiasaan filem-filem keluaran indonesia berteraskan cinta dan khayalan semata tiba-tiba membuat kejutan dengan terbitnya filem yang mempunyai unsur dakwah bertajuk SANG MURABBI.

Saya sebenarnya tidak beberapa tahu tentang kenapa dan mengapa filem sebegini diterbitkan. Munkin mempunyai objektif tertentu. Yang pastinya kita berharap dia mempunyai objektif yang positif. Wallahu'alam.

Apa yang mengingatkan saya di dalam filem ini adalah perkataan MURABBI. Kalau diteliti ia mempunyai maksud yang dalam. Mengingat kembali liku-liku ketika dalam proses pentarbiahan ketika di sekolah cukup menjadi nostalgia bagi saya. Memang bukan mudah seperti saya katakan tadi untuk menjadi murabbi.


Munkin menjadi guru itu boleh digenggam oleh kebanyakan orang, tetapi untuk menjadi murabbi tidaklah semudah apa yang sangka. Murabbi perlukan banyak kesabaran, kerana dia bukanlah sekadar memberi tetapi menerapi. Saya tertarik dengan pendapat Sayyid Qutb yang mengatakan bahawa fungsi murabbi lebih umum berbanding guru dan pendidik. Kerana murabbi lebih kepada penerapan yang berbentuk tarbiah, yang mana cara penerapannya lebih praktikal berbanding teori.

Seorang murabbi harus terlebih dahulu menunjukkan contoh sebelum ia dicontohi. Kalau diperhatikan ini juga merupakan suatu fakta kehidupan manusia. Manusia lebih mudah mengikuti dengan melihat berbanding mendengar atau membaca.

No comments: