Tuesday, 16 December 2008

Di Sebalik Bilik Peperiksaan

Setiap kali masuk akhir tahun…Ada yang gelisah dan ada yang santai sahaja. Belbagai persepsi kita akan lihat ketika peperiksaan semakin hampir. Terutama adik-adik yang mengambil peperiksaan akhir seperti SPM atau “O” Level, PMR,UPSR atau PSLE. Munkin yang gelisah disebabkan mereka kurang yakin dengan kemampuan dirinya, dan yang santai pula munkin sudah mempunyai persiapan yang cukup. Tetapi terdapat juga sebahagian pelajar yang santai bukan kerana mempunyai persiapan, tetapi kerana mereka mempunyai skill meniru atau mereka boleh dikategorikan sebagai mesin fotokopi bergerak.

Meniru sudah jadi kebiasaan sehingga ia melekat sebagai tabiat kepada sesiapa sahaja. Yang beragama, yang biasa-biasa, pelajar bidang agama atau apa sahaja, meniru sudah secara senyapnya diterima.

Kelakuan seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan dan rutin sehingga ia semacam sudah tidak relevan untuk disebut. Bahkan yang sanggup bersusah payah kerana enggan meniru itu pula yang dianggap ganjil dan tidak normal.


Memang gejala ini sukar dibendung ini dan ia berada di mana-mana. Munkin penekanan yang di berikan tentang kenapa dilarang kurang mendapat perhatian mereka di sebabkan tidak mempunyai alasan yang konkrit.

Mengingat kembali ketika saya dipesantren, sebuah institusi yang sangat disiplin berbanding dengan institusi-institusi yang lainnya. Mereka sangat menekan sekali tentang haramnya meniru ketika peperiksaan. Penekanan demi penekanan sering dilakukan dan hukuman bagi yang meniru adalah sangat berat sekali. Apatah lagi penekanan yang dilakukan dengan cara yang syar’i.

Dari segi hukum syara’,segalanya jelas. Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia.

“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami”

[Hadith riwayat Al-Bukhari]

Apatah lagi manfaat atau hak yang diambil itu digunakan sebagai wasilah untuk mendapat keuntungan di dunia. Satu contoh, seseorang pelajar yang menduduki peperiksaan akhir, dan kebanyakan hasil jawapannya adalah manfaat dari orang lain. Kemudian setelah selesai peperiksaan dia mendapat certificate dan melayakkan dia untuk mendapat pekerjaan. Dari pekerjaan itu pula akan menghasil rezki. Maka rezki yang ia dapatkan itu sebahagian ulama’ mengatakan bahawa adalah syubhah dan sebahagian pula mengatakan haram. Wal ’iyazdubillah.

Tapi bagaimana jika ada di antara kita yang beralasan seperti :

1 . Saya duduk di belakang pelajar terbaik.Soalan yang saya terima amat sukar untuk dijawab.Buntu fikiran mencari jawapannya. Tiba-tiba kertas jawapan pelajar terbaik itu terjuntai keluar dan terhidang di depan mata anda.

Jadi saya hanya menjamah ‘rezeki’ yang kebetulan itu.

“Err, bukan aku cari, tapi dia datang!”,

2. Saya diberi jawapan oleh kawan saya, bukan saya yang minta” Jadi saya tak mencuri atau memaksa, kita hanya tolong menolong”

Dah tanggungjawab sebagai kawan”…

Memang hati kita bijak berkata-kata sentiasa mencari alasan. Apapun alasannya meniru bukanlah sesuatu yang makruf, tolong menolong hanya kepada “birr” (kebajikan) dan “taqwa” .

Meniru di dalam peperiksaan harus dihindarkan.

Tetapi apa yang kita mahu, adalah untuk mengingatkan kepada para pelajar supaya menyimpan maruah dan harga diri mereka.

“Save your dignity!”

Orang yang biasa meniru di dalam peperiksaan ini rendah harga dirinya. Dan kerendahan harga dirinya itu bakal memberikan implikasi yang pedih di masa hadapan.

Apabila seseorang menjadi bapa, pasti dia mahukan laporan dan keputusan peperiksaan anaknya itu telus. Biar keputusan itu bodoh rupanya, supaya kebodohan itu boleh diajar. Tetapi dia tidak sanggup membayangkan anaknya memberikan keputusan peperiksaan yang palsu supaya kelihatan pandai, padahal hakikatnya dia memperbodohkan bapanya..

No comments: