Tuesday, 16 December 2008

Indahnya Suasana Kebersamaan

Halaman Masjidil Haram Pada Hari Jumaat

Ketika duduk di depan kaca tv atau membaca surat kabar, hatiku mudah tersentuh dan sebak apabila melihat berita perkembangan jemaah haji dari negara kita di Makkah Mukarramah. Bukan kerana iri atau cemburu, tapi kerana mengingat kembali tempat yang di janjikan seribu satu kebaikan bagi orang-orang yang ikhlas, penuh barakah dan rahmat dari Allah s.w.t. Hampir saya menitiskan air mata..apabila teringat setiap detik kenangan pahit manis ketika hidup di sana.

Memang tidak pernah saya duga untuk menginjakkan kaki di sana ketika usia sebegini, tapi rahmat dan kehendaknya lebih menentukan segalanya.

Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana gembira dan syukurnya hati saya bila kaabah itu ada di depan mata. Apatah lagi peluang yang saya dapat bukanlah sekadar haji dan umrah sahaja, bahkan duduk belajar bersama-sama rakan seperjuangan yang sama hala tujunya. (Bersambung)..




Kemanisan ukhuwaah Islamiah benar-benar terasa. Walaupun terdapat jurang perbezaan antara bahasa dan bangsa. Tetapi, tetap merasakan bahawa kita adalah sama di sebabkan kita berada di atas pentas dan platform yang sama. Kebersamaan itu sebenarnya datang dari hasil keyakinan iman. Kemudian memberikan implikasi kepada pemikiran dan amalan seharian.

No comments: