Tuesday, 16 December 2008

Fikiranku Tentang Mereka

Baru semalam saya mengikuti kuliah mingguan yang di adakan di Woodland Centre..Ini sebenar kali kedua aku mengikuti kuliah tersebut.

Memang kadangkala saya terasa malas nak mengikuti dan tak ramai juga orang seperti saya yang mengikuti kelas tersebut…kebanyakannya adalah orang awam yang boleh dikatakan juga background mereka bukanlah orang yang berpendidikan khusus dalam bidang agama Islam…

Munkin ada diantara kawan-kawanku yang berpenpendapat hanya buang masa sahaja di sebabkan kebanyakan topic kuliah semuanya sudah kita lalui semasa belajar dulu..

Tapi pada saya itu bukanlah satu ukuran..Yang saya cari bukanlah level ilmu tetapi keberkatan ilmu…

Saya suka ikut kuliah sebegini di sebabkan dengannya dapat menyelami dan mendapat sedikit pendedahan dengan pemikiran-pemikiran yang bermain dikalangan orang awam.

Kuliah terus berjalan seperti biasa..Ust Ahmad yang berkelulusan dari University Imam Ibn Sa'ud Riyad kali membawa pelajaran tafsir berkenaan surah Baqarah...


Satu kelebihan yang ada padanya adalah cara penyampaiannya suka diselit berbagai cerita…Baik itu cerita berkenaan dengan Kisah Israiliat ataupun isu-isu semasa yang sedang bermain di sekeliling kita…

Yang menariknya dia mengaitkan dengan tafsiran surah baqarah sekitar ayat 97 berkenaan dengan perintah sembelihan di atas bani Israil…

Penerangan demi penerangan berlalu dan dia akhirnya mula menceritakan tentang keadaan kaum bani Israil dan bangsa yahudi baik berkeanaan sejarah yang terdahulu ataupun sekarang…

Saya sebenarnya memang minat dalam topik-topik yang sebegini,waktu ketika di makkah dahulu subjek FIRAQ WAL ADYAN memang banyak menarik minat saya mencari tahu tentang kelompok/aliran agama dan kaum khususnya Yahudi dan Kristian. Memang pelajaran ni agak sulit di pandangan sebahagian pelajar ( munkin kerana gurunya ; ) ), tapi bagi saya itu bukan persoalan..

Kuliah berjalan hinggalah menunjukkan hampir sepuluh malam..saya hanya sempat berbual dengan Ust. dengan hanya bertanya khabar sahaja. Keliahatannya dia terburu-buru, munkin dia ada keperluan lain, wallahu a'lam.

Saya terus pulang kerumah (JB)..Ketika sedang berehat aku cuba untuk sempatkan diri aku untuk membuka lembaran-lembaran surat khabar untuk hari ahad..Saya sedikit terpaku pada bahagian berita dunia di bawah tajuk

" YAHUDI CUBA AMBIL ALIH MASJIDIL AQSA "

" Konflik baru Baitulmaqdis dijangka meletus kerana kegiatan menggali di bawah tanah suci Islam".

Fikiranku mula kembali kepada kuliah ust. Ahmad tadi. Menurut apa yang aku catat berdasarkan penerangan ust. bahawa bangsa Yahudi berkeyakinan bahawa di bawah Masjidil Aqsa terdapat kerajaan Sulaiman yang agung yang telah lama terkubur atau juga di sebut sebagai dalam istilah mereka "HAIKAL SULAIMAN". Mereka menganggap bahawa ini adalah bekas keagungan kerajaan mereka yang harus mereka kembalikan atau dipupukkan semula. Wallahu a'lam.

Walaupun di dalam berita yang saya baca agak sedikit berbeza dengan information yang baru saya dapat tadi, tapi itu tidak jadi persoalan di sebabkan kebanyakan akhbar yang ada banyak menyembunyikan fakta. Ini di sebabkan juga seluruh media yang ada sekarang telah banyak di control oleh Yahudi.

Diakhir berita ada tertulis

"Tempat ini adalah paling penting di seluruh dunia bagi orang Yahudi. Kami menunggu selama 2,000 tahun untuk kembali ke tempat ini," kata Eksekutif Kanan yayasan, Doron Spielman.

Keyataan diatas ini menjadi satu tanda tanya kenapakah ia tempat yang paling penting bagi orang yahudi ? Pasti ada sesuatu disebalik kerja-kerja penggalian tersebut. Di dalam berita ini mereka hanya mengatakan tentang ARKEOLOGI sejarah, tapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Oleh kerana itu mereka berkeras tidak membenarkan sesiapa pun masuk kecuali bangsa mereka sahaja. Memang fakta bangsa Yahudi suka berpura-pura atau bermuka-muka di depan bangsa lain.

Mereka menganggap kononnya mereka adalah kaum yang paling mulia dan di angkat oleh Allah, ini dikeranakan kebanyakan nabi dan kitab juga diturunkan di kalangan mereka. Tidak hairanlah oleh sebab yang demikian mereka bertambah angkuh dan sombong.

Kita juga tidak menafikan yang mereka ini memang kaum yang di angkat oleh Allah berdasarkan dalil Al Qur'an sendiri:

"إني فضلتكم على العلمين"

" Bahawasanya aku memuliakan kamu atas sekelian alam "

Tapi bukan kemulian ini secara terus menerus, ini di keranakan umat manapun tidak akan di angkat oleh Allah jika berlaku penentangan terhadap perintah Allah walaupun pada asalnya mereka ini di muliakan.

Saya menyelitkan isu ini bukan mengajak untuk kita membenci kaum tersebut tapi untuk sekadar berhati-hati terhadap tipu muslihat yang sering mereka lakukan terhadap umat Islam.

Memang Nabi Muhammad sendiri pernah beisterikan seorang perempuan dari kalangan yahudi yang bernama "Sofiah" dan beliau juga pernah mempunyai pembantu seorang yahudi.

Jadi, kita tidak diperintahkan untuk membenci atau membunuh, tapi sekadar untuk berhati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini boleh juga di kategorikan sebagai orang yang fasiq dan munafik dalam beragama. Wallahu a'lam

No comments: