Manusia sangat gembira apabila mengecapi kejayaan. Namun perlu diingat, adakah kejayaan itu hanya sekali atau berkali-kali? Ibubapa jangan terlalu gembira melihat anak cemerlang di peringkat tadika kerana si anak masih mempunyai banyak peringkat yang perlu ditempuh.
Sering terjadi kepada pelajar-pelajar berjaya di satu peringkat tetapi gagal pada peringkat yang lebih tinggi. Contohnya berjaya di peringkat UPSR tetapi gagal di peringkat PMR atau SPM. Bayangkan jika ini terjadi sudah tentu akan mengecewakan anak-anak, bahkan ibubapa dan guru juga kecewa. Bagaimana ini boleh terjadi?
Antara penyebabnya ialah timbul perasaan terlalu berpuas hati, terlau berbangga dengan kejayaan terkini dan pertama kali. Misalnya anak berjaya dalam UPSR dan mendapat 5A, maka anak tadi merasa sangat seronok dengan kejayaannya. Ditambah lagi dengan pujian yang mencurah-curah datang dan pelbagai hadiah diberikan oleh ibubapa atau guru.
Kadangkala pujian dan hadiah menjadi pendorong dan semangat buat mereka, namun ada juga segelintir yang menjadikan mereka bangga diri, merasa bagus dengan kemampuan yang ada dan yang lebih parah lagi menyebabkan mereka malas. Fonemena begini sering berlaku di kalangan pelajar. Umpama dalam satu pertandingan lumpa lari, ada pelari yang memecut denganlaju hingga dapat mendahului yang lain dan merasakan sudah sangat hampir ke garisan penamat. Padahal dia baru sahaja di separuh perlumbaan. Oleh kerana sudah merasa di hadapan, dia pun dia pun mengurang kadar pecutan dan mula berlari perlahan. Apakah akibatnya? Besar kemungkinan dia akan kalah terus dalam perlumbaan tersebut. Jadi perlu ingat pada ungkapan:
“Kejayaan hari ini mungkin menjadi musuh pada kejayaan hari esok”
Pasakkan di hati anak atau pelajar bahawa tidak ada rehat dan cuti dalam usaha mengejar kejayaan. Dalam konsep Islam sendiri istilah cuti (‘utlah) jika dilihat dari sudut perspektif agama sendiri adalah:
“Perpindahnya satu amalan kepada amalan yang lebih baik”
Jadi amalan itu harus sentiasa mempunyai peningkatan, semakin tinggi pencapaian kita, semakin banyak pula kesusahan, kesungguhan dan kesabaran yang diperlukan. Bukan sahaja dalam menempuh peperiksaan, tetapi juga dalam menghadapi seluruh perjalanan kehidupan dunia. Tekankan dalam minda, dunia adalah tempat bekerja dan terus bekerja. Jika tiada kesungguhan yang super dan berganda, maka gembira kita akan mengundang kesedihan.

2 comments:
Assalamualikum dan Alhamdulillah Ustaz,
Saya mengucapkan terima kasih di atas ingatan bernas ustaz terhadap kejayan semasa kerana kejayaan seharusnya berterusan dan bukannya sekadar sekali sahaja.....Ir. Hj. Redzuan Ab. Rahman BB Uda, Johor
Waalaikumsalam. Terima kasih byk kerana sudi membaca. Mudah2an bermanfaat dan jadi peringatan bagi kita semua..
Post a Comment