"Kenapa mereka pilih madrasah mingguan untuk belajar agama kenapa tidak madrasah sepenuh masa ? "
"Dan adakah mereka menganggapnya penting ? "
Sudah setahun lebih saya terlibat dalam institusi madrasah mingguan. Hari demi hari yang saya lalui bersama mereka baik pelajar maupun ibubapa cukup memberikan serba sedikit persepsi saya terhadap kebanyakan umat Islam khususnya diSingapura ini.
Apatah lagi pada peperiksaan minggu yang telah lalu, hampir 20 pelajar tidak hadir di madrasah untuk mengambil ujian akhir, padahal ini adalah PEPERIKSAAN AKHIR !!
Saya jadi tertanya-tanya, apakah persepsi dan pandangan mereka tentang institusi pendidikan madrasah atau lebih mudah kita katakan sebagai pendidikan agama Islam.
"Adakah ia sekadar syarat sahaja?
Kebanyakkan yang diharapkan oleh ibubapa hanyalah anak-anak mereka pandai ngaji, pandai solat, puasa dan mandi wajib"
Sering saya mendapat telefon khususnya dari ibubapa
" ustaz tolonglah ajarkan anak saya...."tolonglah tegur dia..saya dah tak sanggup..." dan bermacam-macam lagi.
Di zaman sekarang ini dimanakah letak tanggunjawab mendidik dan mentarbiah? Adakah pada madrasah semata-semata? Atau pada tuisyen yang di adakan dirumah atau di luar sebanyak seminggu dua atau tiga kali ?
Seringkali ucapan dan pesanan ibubapa kepada anak-anak mereka :
" Belajarlah rajin-rajin, akhirat jangan lupa"
Kenyataan di atas ini cukup menunjukkan bahawa persepsi ibubapa sekarang sudah jauh terpesong dari landasan agama. Saya bukan bermaksud untuk mendiskriminasi pendidikan akademik. Pada zaman serba modern ini kita sangat memerlukan pendidikan akademik. Tetapi apa yang saya hendak bincangkan adalah dimana letaknya KEUTAMAAN antara pendidikan dunawi dan ukhrawi. Mari kita sama-sama meneliti firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Carilah apa-apa yang telah Allah anugerahkan untuk kebahagian diakhirat, dan janganlah kamu lupa urusan kebahagian kamu didunia"
Surah Al Qashash : 77
Jelas bahawa ayat diatas menunjukkan keutamaan haruslah diberikan kepada urusan akhirat berbanding dunia. Keutamaan ini pula tidak akan terealisasi kecuali dengan ilmu pengetahuan, kerana agama Islam bukan agama "sangkaan" semata-mata. Ia memerlukan menilitian dan kajian sumber yang sahih.
Jadi tidak hairanlah jika masaalah yang dihadapi oleh anak-anak muslim masa kini adalah disebabkan salahnya sudut pandang ibubapa terhadap konsep pendidikan. Jangan salahkan anak-anak jika terlalu sosial, tidak ambil tentang solat dan yang lain-lainnya. Kerana penerapan yang salah telah diterapkan dalam pemikiaran mereka. Ibubapa hanya menyuruh ke masjid hari jumaat saja, solat subuh hanya pada hari bersekolah, itu juga disebabkan kebetulan hendak ke sekolah, jika cuti maka solat pun ikut cuti.
Maka kesan itu juga terbawa hingga ke kelas-kelas agama yang diikuti. Mereka menganggap remeh disebab remeh itu sudah berasal dari rumah mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment