Setelah berhasil orang-orang kuffar berhasil menumbangkan harapan utama umat Islam, yaitu generasi muda muslim dengan mendirikan kelab-kelab malam, bar, kasino dan sebagainya.Kemudian mereka menyajikan pula filem-filem lucah atau yang berbaur lucah sehingga mereka terkeluar jauh dari landasan sebagai seorang yang namanya seorang muslim. Barat dan yahudi mengetahui sesuatu yang sebelumnya mereka tidak pernah mereka pikirkan. Mereka sedar bahawa disana ada sebuah kelompok usia yang belum mereka “garap”atau dengan bahasa yang lebih sopan “Kelompok usia yang belum mereka bidik dengan serangan yang dasyat dan membabi buta”. Sebuah tingkatan usia yang merupakan sebaik-sebaik persiapan untuk menerima dan juga melakukan sebuah perubahan. Itulah mereka kelompok “Anak-Anak”. Mereka tahu dan sedar bahawa anak-anak merupakan sebuah golongan yang sentiasa bersiap sedia menerima segala bentuk reformasi bagi dirinya baik itu perkara yang baik atau yang buruk. Dan mereka juga diibaratkan sebuah kain putih lagi bersih yang boleh menerima segala bentuk warna. Oleh itu mereka menemukan senjata yang amat sesuai, iaitu dengan menebarkan didepan mereka “gambar-gambar yang bergerak”.Mereka melakukan itu dengan berlindung disebalik gambar-gambar bergerak supaya dapat mengaburi mata kaum muslimin. Yang kononnya untuk menghiburkan anak-anak kecil itu dan menjadikan mereka gembira. Padahal pada hakikatnya tujuan mereka hanyalah untuk merosakkan pemikiran, pengetahuan dan juga aqidah mereka. Umat Islam yang teripu itu terutama ibu bapa mula menerima saranan bodoh yang dibuat oleh musuh-musuh mereka denagan hati terbuka. Mareka mula menjadikan kartun-kartun tersebut sebagai hadiah dan hiburan buat anak-anak mereka.
Tanpa mereka sedari, anak-anak mereka tumbuh membesar dengan pemikiran dan cara hidup barat, aqidah yang yang bercambur baur dengan I’tiqad kaum kuffar samada Nasrani, Yahudi ataupun sebaliknya. Akibatnya mereka mula merealisasi pemikiran-pemikiran tersebut apabila menginjak dewasa. Dari dampak tersebutlah timbul gejala yang tidak diingini seperti banyak terjadi sekarang.
Filem-filem itu terus menjadikan mereka benar-benar sibuk hingga mereka sanggup menghabiskan ribuan jam hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu tersebut. Inilah tahap pertama غزو الفكري ( perang pemikiran ) yang dihadapkan kepada umat Islam oleh kaum kuffar.Sesungguhnya ini termasuk salah satu faktor kepada kenakalan anak-anak umat Islam, khususnya kartun-kartun yang menjadikan otak mereka bebal dan sentiasa berangan-rangan untuk menjadi seperti apa yang ditonton berupa karekter ataupun sebaliknya.Dan akhirnya, mereka terpengaruh seburuk-buruk akhlak dan adat, bahkan boleh menyebabkan kesengsaraan pada masa yang begitu cepat.
Bagaimanapun filem-filem yang dibuat oleh mereka bukanlah suatu yang hakikat atau realiti, sebaliknya hanyalah khurafat, yang tidak boleh dijadikan suatu sandaran didalam pertumbuhan anak-anak. Kerana pada dasarnya filem-filem tersebut datangnya dari negara-negara yang sangat jauh dari segi akhlak, nilai dan agama. Ketahuilah bahawa filem-filem tersebut dibuat hanyalah berdasarkan gambaran dari realiti pembuatnya seperti yang ditetapkan oleh pakar-pakar ilmu sosial bahawa semua yang mereka saksikan adalah dari tayangan “ filem-filem kartun” yang tidak lain hanyalah gambaran tentang realiti masyarakat dimana filem tersebut dibuat. Dan begitu pula dengan aqidah dan akhlak yang dikenal dan diaplikasikan didalam masyarakat tersebut. Berikut ini ada beberapa contoh pengaruh “gambar kartun” terhadap anak-anak secara ringkas:
1. Menggugat Aqidah terhadap Allah.
2. Menyebarkan beberapa teori sesat dan pemikiran yang rosak.
3. Kesalahan dalam Aqidah akan dianggap perkara biasa oleh anak bahkan diyakini kebenarannya.
a) Membongkokkan badan kepada manusia dengan melampau (sebagai bentuk kasih sayang).
b) Memuat beberapa ungkapan yang menodai akidah (seperti “Aku bersandar kepadamu” contohnya didalam filem pokemon)
c) Isyarat kepada beberapa ajaran agama lain
( seperti kisah keistimewaan tentang gereja, rahib dan salib )
d) Mendedahkan sihir dan perkara syirik
e) Mengacaukan gambaran baik terhadap orang-orang yang beragama dan yang beristiqamah.
f) Menebarkan tabarruj, perpecahaan dan juga perkara-perkara yang akan merosakkan akhlak.
g) Menjadikan rasa ketakutan dan kengerian yang bukan pada tempatnya.
Berikut inilah diantara salah satu faktor yang menyebabkan kerosakan pada anak-anak dizaman yang dikatakan serba moden ini. Mereka mula takut bukan pada tempatnya, istilah hantu, pocong dan momok mula menyebar dan akhirnya tersemat difikiran mereka. Belum lagi gambaran2 bagaimana cara-cara membuka pintu rumah dan kereta tanpa menguna kunci, ini memberikan mereka gambaran bagaimana cara yang efektif untuk membuat jahat.
Inilah adalah apa yang telah dicita-citakan oleh Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam, menjadikan umat Islam selemah-lemah umat didunia sehingga mudah dikuasai oleh sesiapapun.
No comments:
Post a Comment