Setiap tahun kita merayakan aidiladha. Haiwan-haiwan korban di jatuhkan satu persatu demi mencari keredhaan yang Maha Esa. Cerita dan sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail pada masa itu juga mula bermain disekitar pendengaran kita. Cerita tentang pengorbanan yang telah di lakukan. Satu ujian yang cukup getir, cukup payah untuk ditunaikan. Tetapi, keikhlasan dan ketaatan mengatasi segalanya. Walaupun darah dagingnya sendiri, Allah adalah segalanya dan bertawakkal adalah caranya.Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia Maha mengetahui hikmah di sebalik semua itu. Walaupun hambanya Ibrahim dan Ismail itu kurang pasti tapi " Sami'na Wa Atho'na " adalah pegangannya.
Akhirnya, berkat ketabahan iman dan ketaatannya kepada Allah, maka Allah tukarkan dari pengorbanannya itu kepada hadiah dengan kibas. Inilah lambang ketaatan mereka yang sangat perlu kita contohi.
Memang setiap tahun kita bertemu dengan hari tersebut, tetapi jarang-jarang sekali orang yang mengambil pelajaran dari hari tersebut. Jika kita hayati dengan sebaik munkin, dari celah-celah aidiladha, ia sudah cukup untuk memberikan kita kesadaran bahawa hidup ini adalah satu pengorbanan.
Mari kita berdiri didepan cermin, melihat diri kita yang begitu banyak kelebihan hasil dari kurniaan Allah. Adakah kelebihan kita akan kita biar? akan di bawa masa dan hari yang terus berjalan tanpa menoleh ke arah kita sama sekali? atau kita manfaatkannya dengan membuat satu pengorbanan untuk diri kita sendiri ? keluarga ? masyarakat, agama dan bangsa ???
Sedar ataupun tidak, ketaatan itu perlukan satu pengorbanan.
Solat ? Rasa macam senang. Tapi berkorban untuk mendapatkan khusyuk bukan satu perkara yang mudah di capai oleh seseorang.
Menuntut Ilmu ? Kemudahan belajar semua dah cukup. Tetapi ingat! jika kita tidak mahu berkorban untuk mengamalkan ilmu tersebut maka ilmu itu yang akan menghancurkan kita kelak.
Mengajar ? Yang penting kita terima gaji tiap-tiap bulan cukup lah tu.. Tetapi jika tidak ada pengorbanan keikhlasan maka kita binasa jua akhirnya.
Memang hidup itu bukan mudah. Pengorbanan adalah rakan karib kita jika mahukan hidup ini berjaya di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment